header

header

Monday 24 March 2014

THREE more weeks to go!

weehooo! Assalamualaikum semua hee. Alhamdulillah pejam celik pejam celik, 3 minggu je lagi Latihan Industri ni nak berakhir.. Alhamdulillah dapat stay sampai pemantau datang.. Alhamdulillah juga dapat pemantau yang Teramat sangatlah sporting.. "Okay kira lulus lah awak" hahaha yeahhh Alhamdulillah.. tapi.... belum lulus sepenuhnya lagi.. report tebal nak mampuh tu tak siap lagi.. presentation pun belum buat lagi.. another bebanan okay bagi dekya.. tapi apa boleh buat.. takkan nak stop bertempur saat-saat akhir kann..

hmmm macam-macam ujian yang Allah uji dekya.. InsyaAllah dekya akan ambil semua ujian tu sebagai pembangkit semangat dekya untuk terus berjuang.. Kalau tak ada halangan, InsyaAllah dekya akan buktikan dekat semua orang yang jkdshfdgtjshadfj tu yang dekya akan berjaya.. Bukan dorang je boleh berjaya.. Dekya akan buktikan.. InsyaAllah dekya takkan sesombong, sebongkak, seangkuh dorang..

YaAllah, permudahkan segalanya YaAllah.. permudahkan lah ujian yang kau berikan kepada kedua ibu bapaku. Dekya dah tak sanggup nak tengok air mata mama yang mengalir.. Dekya dah tak sanggup nak tengok raut wajah ayah yang risau.. Dekya dah tak sanggup nak tengok ayah kurang selera makan.. dengan adik Dekya yang baru je nak mengenali dunia ni .. Hmm nasib baik lah diaorang masih kecil.. Diaorang tak tahu apa yang terjadi sekarang.. Biarlah adik-adik Dekya tak tahu.. Biarlah diaorang anggap yang kita tengah jalan-jalan..

Kenapa kejam sangat? hmm manusia sekarang dah tak mementingkan darah daging sendiri.. Yang mereka pentingkan hanyalah harta dan duit mereka je.. Mana pergi nilai-nilai yang dah pun dipupuk dari dulu lagi?  Mana pergi keakraban sebuah keluarga? Mana pergi semua yang telah diajar oleh mak and ayah dulu? ke mana semua tu pergi? Tong sampah? Kalau lah Dekya ni diberi kebenaran untuk bersuara, ya tanpa segan silu Dekya bersuara.. Tapi atas permintaan mama ngan ayah, Dekya tak buat semua tu.. Dekya sabar, InsyaAllah satu hari nanti akan ada hikmah yang besar untuk keluarga kita mama. InsyaAllah akan ada kebahagiaan yang tak terhingga untuk keluarga kita ayah .. Mungkin orang nampak kita macam tak ada apa-apa. Mungkin orang nampak kita macam tak kisah.. Tapi orang tak tahu apa yang kita alami..

Alhamdulillah, sepanjang Dekya diuji dengan dugaan yang berat ni.. Allah kurniakan seorang Hamba Allah yang selalu ada dengan Dekya, yang selalu membangkitkan semangat Dekya, yang tak pernah putus asa untuk buat Dekya senyum balik seperti dulu, yang langsung tak tahu penat lah layan perangai Dekya yang macam tunggu anak tak balik-balik ni haha.. Thanks dear, for everything.. Seriously, Dekya tak dapat nak balas balik apa yang ajid buat untuk Dekya.. Dekya rasa serba salah pun ada, sedih pun ada, gembira pun ada, terharu pun ada hehe.. Thanks sebab sanggup datang all the way from Banting ke kajang semata-mata untuk ambil Dekya, bawa Dekya keluar untuk hilangkan stress Dekya.. Then bila dah keluar, Dekya pula yang mengada tahap cipan taknak balik haha.. Awak pun sabar je dengan mengada Dekya ni haha.. Teman lagi sampai pukul 8 malam kadang-kadang 9 haha.. Hantar Dekya balik lagi.. Then kena gerak balik Banting balik.. YaAllah, bila ingat balikkan.. Dekya rasa bersalah sangat.. Dah lah awak naik motor bukan kereta hee.. Jalan balik Banting pula, awak lalu Highway SKVE yang sangat gelap dan misteri tu haha.. aloooo kesiannyaaaaaaa.. Okay promise lepas ni tak buat lagi dah hee.. InsyaAllah ~ buat kadang-kadang je .. hahaaa





"Biar orang buat kita, kita jangan balas balik. Biar orang mengata kita bukan-bukan, kita jangan memaki orang tu balik.. Biar orang pandang kita rendah dekat dunia, InsyaAllah di akhirat nanti akan ada yang menolong kita.. Kita perlu bersabar sikit je lagi.. InsyaAllah semua ni akan selesai.. Ingat! Allah S.W.T sentiasa akan ada dengan kita :')"

publish!



Monday 3 March 2014

Kisah seorang Hamba Allah yang suka melengah-lengahkan solat..



Assalamualaikum semua.. harini dekya nak share sikit laa kisah seorang Hamba Allah ni yang suka melengah-lengahkan solat.. So ni khas untuk mereka-mereka yang selalu melengah-lengahkan solat... ke tak faham melengahkan tu apa ? hehe maksud dia, orang yang suka melambat-lambatkan waktu solat mereka..


Terdapat hanya 15 minit sebelum masuk waktu isyak. Dia segera mengambil wudhu dann melaksanakan solat Maghrib.Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih.. Sangat letih.

Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling, dia berpeluhh semahu-mahunya.

Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. ianya sangat sesak. Setiap tempat yng dia pandnag telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.

Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat!

ianya adalah hari KIAMAT!!

Semasa dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat. Tetapi pada anggapannya lama lagi hari kiamat itu akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling, ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.

Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkannya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri.

Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya kehadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan dihadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya dan apa yang di lakukan hanyalah melihat dunianya di pamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan ke rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan islam.

Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja disusunkan makanan manakal yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya,

"Saya juga sentiasa diatas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada Bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan untuk kita lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan."

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah S.W.T. Dia tahu bahawa apa yang telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan.

Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusna muktamad.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan menjerit mengatakan ianya salah.

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain."

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai. dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana di atelah membantu bapanya, puasanya, solatnya, Al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya.

Para malaikat jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.

Dia menoleh kebelakang dan ini rayuan terakhirnya. Dia teringat....

Tidak!!! Rasulullah S.A.W pernah berkata,

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit.

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Api neraka yang bahang telah membakar mukanya.

Dia menoleh kebelakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan tidak mempunyai apa yang tinggal dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka jahannam. dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia hanya jatuh lima ke enam kaki apabila tangannya tiba-tiba diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali keatas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.

Dia menyapu debu ditubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya...

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,

"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya terjatuh"

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Anda sentiasa melaksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"

Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud.

Dia berada dalam keadaan basah akibat berpeluh. Dia mendengar suara-suara yang datang daripada luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu solat isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solatnya. Dia sedar kesalahannya kini.

The End

Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin anda boleh mambantu seseorang membuka mata mereka. Dan siapa tahu? Mungkin ini adalah perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari perhitungan kelak..

INSYAALLAH ~

sumber: segalanyaberita.blogspot.com

Publish!

Monday 20 January 2014

D E N G G I

Assalamualaikum semua :').. hi ! hmm harini nak membebel pasal denggi .. hmm sekarang memang tengah HOT MELETOP kan kes denggi ni.. orang tu kena , orang ni kena.. and yang paling tak dapat nak percaya ajid kena.. my monster yang gagah dan buncit pun kena.. hmm tadi dia txt.. dia cakap dia kena tahan ward.. hmm and i was like WHAT WHAT WHAT !!!! nak pergi banting.. yes kalau ada lesen dan kereta sekarang ni.. dekya dah tinggalkan kerja ni and pergi .. straight away to hospital banting. but but but hmm i can't .. get well soon cina ghongak.. dah sihat esok dekya belanja cekelat :b hahaha.. nanti kalau ada masa.. dekya ajak mama pergi melawat haaaa.. hopefully family dekya tak kena.. hmm kadang-kadang kita dah pun berwaspada.. tapi benda dah nak jadikan .. nak buat macam mana.. Lepas dapat tahu my monster tu demam denggi.. dekya terus buka laman sesawang yang bersawang ni untuk cari petua-petua nak redakan denggi..

so here's a tip nak destroy demam denggi ni haha.. tapi ni bukan buat terus elok tao.. InsyaAllah dengan izin Allah laa .. orang cakap demam denggi ni tak ada ubat.. tapi ni ikhtiar je laa..

1. Minum air banyak-banyak



2. Minum air 100 plus.. tapi ada yang cakap kena buang gas dia dulu haa.. tak tahu ke macam mana rupa 100 plus tu .. ni haa



3. Air kelapa.. tapi ada juga orang cakap air kelapa tu campur dengan gula melaka..  
 

 


4. Jus daun betik / pucuk betik.. err sama kot dua ni.. not sure .. but orang cakap lagi hahaha jus ni agak pahit laa .. dekya tengok jus dia pun macam tak lalu je hee


5. Jus kiwi



6. Air barli .. haaa boleh minum macam tu je.. boleh juga letak dengan garam..




BUT BUT BUT !! BUKAN GARAM NI EA!!


7. Jus pegaga





8. Jus kurma .. blend kurma dalam 10 biji macam tu.. ehh jangan lupa buang dia punya biji pula! blend kurma tadi dengan air suam, haa minumlah setengah gelas waktu pagi, setengah gelas lagi petang pula.. repeat this step sampai sembuh ya murid-murid hehe


9. Teh kundur / air kundur .. haa ni dekya tak suka!


10. Susu kambing.. 





11.  Makan aiskrim vanilla .. wahhhh sedap nyaaaaaa :)





12. Makan tembikai.. perghhhhh makan sejuk-2 pula kan .. heih..




13. Buah anggur hitam.. haaa dekya pun baru tahu pasal anggur hitam ni elok untuk denggi.. haa cuba je laa kan



 14. Sup belut.. hahah ni mesti ada yang geli kan .. tapi seriously dekya pernah makan .. sebab nak elokkan ekzema dekya.. hee dekya ada ekzema daripada baby lagi..kulit baby kan .. macam ni laa.. but jangan risau laa.. rasa dia tetap macam ikan juga.. mula-mula dekya pun geli tapi kena paksa maka sup belut ni.. lama-lama tu macam okay je..




15. haaaaaa ni paling famous.. sebut je denggi orang suruh makan sup ketam.. 




Haaaaaaa semua yang kat atas ni antara petua-petua atau orang tak berapa nak putih panggil tips-tips untuk destroy demam denggi .. haha TAPI! ada lagi yang paling penting.. haaa ni tips paling baik lah..


"kena laa selalu bersangka baik dengan Allah S.W.T.. selalu selalu lah minta maaf kan sepanjang demam atau sakit ni.. jangan mengeluh dengan ujian yag diberi olehNya.. jangan mudah menyerah lah hehe.. Allah takkan uji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.. Banyakkan berdoa , InsyaAllah dengan izin Allah juga kamu kamu kamu semua akan pulih seperti biasa.."

Okay korang.. dekya nak sambung tanggungjawab dekya as a practical student ni balik.. nanti-nanti semak semakkanlah diri korang dekat belog yang tersangat lah indah ni.. *tangan kat bahu, mata juling*  .. Semoga cepat sembuh.. and you too.. get well soon dear .. Byeeeeeeeeeee!! Assalamualaikum semua :) publish!

Friday 27 December 2013

practical !!!!!!

Assalamualaikum hi! salam Jumaat semuaaaaa ~ Alhamdulillah harini cukup sebulan dekya practical dekat Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat yang sangat indah ni hahaha.. Alhamdulillah juga sebab semuanya berjalan dengan lancar.. hmm sangat lancar.....

hmm masa tengah belajar sem lepas sibuk nak kerja.. taknak belajar dah laa. nak kerja je .. nak kumpul duit je.. but now dekya rasa macam arghhhhh!!!! nak pergi kelassssssssss! taknak pergi kerja.. taknak taknak taknak !! hahaha tapi apa boleh buta. nak taknak kena laa juga harungi hari-hari practical ni dengan penuh kasih dan sayang hahaha.. kalau tak lepas practical ni dah satu hal pula kan nanti.. tak lepas sem 4 ni, tetap juga kena ulang practical... lagi laa taknakkkk.. hmm so i decide yang i kena juga harungi hari-hari practical ni bagai menatang minyak yang penuh hehe..

kat sini kan, dekya belajar macam-macam.. ye laaaa dekya kan ambil course secretary.. so dekya practical pun as a PA for D.O pejabat ni.. STRESS!! *gary* hahaha.. hari-hari kerja dekya,

  1. Tunggu surat masuk macam tunggu anak balik rumah lewat malam..                                                         
  2. buka surat-surat yang banyak tu satu-satu
  3. cop terima
  4. masukkan dalam bilik dato'
  5. kena intai-intai bilik dato' sebab nak tengok surat tu dah tanda tangan belum.. tak boleh bagi dato' keluar hantar surat tu sendiri
  6. ouh! tertinggal... pagi-2 kena tekan button unlock untuk pintu dato'.. kalau pintu tu stuck, dato' tak dapat masuk haaaaa nahas ! hahaha
  7. bila dato' dah siap tanda tangan surat-surat tadi, kena fotostat pula surat-surat tadi .. sebab dekya kena key in surat yang menimbun tadi satu-satu..
  8. datang pula sipolan bin sipolan hantar surat lain pula.. haaaa ulang balik buat benda yang sama aripada numb. 1 hahaha
  9. ada pula lagi sipolan hantar pos laju.. haaa kena pula kenal pasti penerima dia daripada unit mana
  10. datang pula fail-fail yang taknak kalah dengan surat-surat yang menimbun tadi. semua tebal-tebal..  tapi ikut nasib juga laa.. kadang-kadang tak ada fail yang tebal langsung tapi tu semua JARANG BERLAKU hahaha
  11. lepastu bukan dari kaunter je surat-surat tu datang .. dari faks pun ada juga.. datang dia tanpa diundang haha.. terpaksa laa dekya layan surat-surat faks yang datang tanpa diundang tu.. 
  12. berbunyi pula telefon kat meja ni.. dah kena layan sipolana binti sipolan atau si sipolan bin sipolan yang nak buat appoinment atau tanya soalan.. haaa yang ni macam kurang minat sikit.. dapat pula si sipolan yang macam mendesak-desak nak jumpa dato' .. itu gua lemah .. rasa macam nak letak je ganggang telefon ni then cabut kabel telefon ni.. ahahaha tapi apakan daya             
  13. haaaaa bila ada mesyuarat pula.. dah dekya kena buka kan lampu, air cond, pintu semua laa. dah laa dekya ni penakut tahap maksimum! nasib baik ada akak-akak manis yang follow sekali .. haha kalau tak, dekya bagi remote air cond, kunci apa semua siap dekat orang yang guna bilik mesyuarat tu.. "nah nanti buka sendiri" tapi...... harapan, harapan menjadi layuuuu ~

banyakkkkkkk lagi tapi tapi tapi.. nak dekat pukul 5.00 petang ni hahaha.. dekya nak balik dulu .. dekya nak prepare apa yang patut .. nak siap kan laopran.... ha ni lagi satu masalah besar bagi dekya hahaha... laporan laporan laporannnn.. huh! okay nanti dekya nak mengadu lagi .. banyak sangat sangat.. nanti bila free lagi dekya mengadu hehe PUBLISH !


Thursday 12 December 2013

what?!

Assalamualaikum hi ! hmm mana nak mula ea.. okay korang pun tahu kan yang dekya sekarang tengah practical.. okay yang belum tahu lagi.. meh nak bagitahu, sekarang dekya tengah practical or nama lain dia Latihan Industri (LI).. hmm malam sebelum nak pergi kerja tu YaAllah sangat tak boleh nak digambarkan macam mana nervous dia.. banyak kali dekya asyik ulang benda yang sama je
"ajid, dekya takut laa nak LI esok" 
and ajid pun dah naik bosan maybe dengar benda yang sama kan sampai dia jawab
"ya saya tahu.. dah la sayang mula-mula je"
masa mula-mula jejak kaki kat sini.. seriously dekya bukan dekya .. hahaha mama paksa pakai heels, make up (pelembab bibir ngan bedak only) and bawa handzzzzzbag !  urghhh ! THIS IS NOSOOOOOOO ME ! hahaha but takpe laa kan first day .. tangan dekya ? huh tak payah cakap laa kan . freezing gila hehe... dengan muka pucat walaupun pakai pelembab bibir..

okay pagi tu gerak ngan ayah laa kan .. sebab ayah pun nak pergi kerja so alang-alang tu ayah laa yang hantar.. mula-mula ayah nak tinggalkan dekya je tao then dekya yang settle sendiri.. masa ayah cakap macam tu, dekya terus merengek-2 mengada ngan ayah..
 "NO NO NO! takkan ayah nak tinggalkan along dekat situ sorang-sorang.. ayah taknak teman ke? ayah taknak tengok anak ayah masuk kerja ke ? ayah taknak say goodbye ke?"
 huh dekya tak bagii peluan langsung untuk ayah cakap apa-apa until my dad said
 "okay okay, ayah teman sampai orang incharge tu ambil awak je.. lepas tu ayah pergi kerja sebab ayah kena punch card pukul lapan"

fuhhhh! lega sangat masa tu.. sampai je pejabat tu pukul 7.30.. yup still early kan  so ayah ajak laa duduk dulu.. ayah baca paper but dekya rasa macam nak terburai dah tangisan ni haha.. nak nangis sangat sangat .. Nervous in max level.. around 7.50 macam tu ayah ajak masuk, okay kami pergi khidmat pengurusan.. duduk kat waiting area kat situ, tengok orang lari-lari sebab terkejar-kejar masa macam kejar anak lari untuk punch card.. hehe masing-masing takut lambat kan.. ada yang senyum bila pandang dekya ngan ayah, ada yang buat tak nampak je, ada yang malu-malu jalan cepat-cepat.. ada juga yang pakai pakaian yang formal, ada juga yang pakai seluar track ngan T-shirt je.. masa tu terdetik dalam hati dekya..
"macamtu ke ea nanti dekya bila dah start kerja esok.. kenapa ea tempat kerja ni macam tak kisah je ngan pemakaian?"

hmm but sorang pun yang lalu tu tak tanya langsung apa yang dekya ngan ayah dekya tunggu.. hehe ayah dah mula membebel
"sepatutnya bila dah nampak orang duduk sini lama, salah sorang kena laa tanya kita nak apa.. ada urusan apa ke.. ni tak .. semua lalu buat tak tahu je"

tiba-tiba ada seorang makcik ni tanya ayah kenapa duduk sini lama sangat, ada urusan apa. bila ayah dah bla bla bla bla *explain everything* kat makcik tu.. makcik tu pun bawa dekya masuk.. bawa pergi jumpa pegawai dekya.. dia yang settle kan hal-hal dekya.. dia pun rushing sebab nak pergi kursus.. masa dia tengah setllekan dekya punya punch card apa semua, dekya terdengar dia marah pekrja-pekerja lain hehe.. 

"lain kali kalau nampak ada orang tunggu lama kat luar tu cuba tanya kenapa. jangan biar orang tunggu lama"

dekya dah tersenyum, macam pernah dengar je ayat yang seakan-akan sama ni kan hehe.. okay dekya punya bilik kat pejabat pegawai daerah .. perghhhhh ! I'M DO's SECRETARY ! lagi laa bertambah-tambah freezing kan badan ni.. gila laa nak kena berurusan ngan Dato' bagai.. rasa macam nak meletus segalanya tapi tahan .. haha :D

but now dah 2nd week dekya kat sini.. so far so food laa ~ semalam cuti sebab Birthday Sultan Selangor :) yeay! Happy Birthdayyyy ! hehe but harini akak tu pun still cuti lagi.. akak tu ambil extra cutis! grr sampai laa ahad nanti dia cuti .. tinggal la dekya sorang-sorang kat office yang sejuk beku ni .. yaaaaaaa sejuk sangat dekya dah rasa macam dekya ni frozen meat dah hehe.. nasib baik laa Dato' cuti juga harini. so dekya tak payah nak berhadapan ngan dia harini hehe..  esok pun dia ada pagi je.. petang dia dah pergi shah alam .. ada meeting ! agak lega juga ngan jadual Dato' untuk 2 harini.. macam faham-faham je kan yang dekya tak boleh nak berhadapan dengan dia sorang-sorang hehe..

now dekya dalam office laa ni. dekya nak tengok movie ! wohooooo movie timebye korang .. nanti-nanti bila free dekya update lagi..  akhir kata,
 SEMOGA BERJAYA DALAM APA JUA YANG KITA AKAN HARUNGI ! 
Publish !

Sunday 24 November 2013

result !!!

hey Assalamualaikum semua ! huh yup guess what, result dah keluar haritu .. hmm Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar .. Alhamdulillah even result agak rendah daripada sem 1 ngan 2 but still Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat.. Terima kasih YaAllah :)..

hehe masa paper first dekya, paper macroeconomics Ram ada cakap, "kalau kau cakap kat korang yang kau tak study mesti dorang tak percaya".. hehe yess bila dekya cakap ngan kawan-kawan dekya yang aku tak study.. sorang pun tak percaya.. padahal malam tu dekya main-main..hehe budak rumah dekya je tahu aa dekya buat malam tu.. yup tipu laa kan kalau dekya cakap dekya tak takut.. masa masuk dewan tu , haaaa macam-2 yang dekya fikirkan .. dekya just cakap dalam hati, "haaaa padan muka kau dekya, ada masa untuk study kau taknak study.. sekarang sibuk nak cari buku. kau ingat dapat ke , kau dah kat dalam dewan nak jawab paper macro dah pun".. habis jawab paper tu muka cool je.. macam biasa bila dah habis jawab paper mesti ada soalan-soalan yang wajib ni.. "eh kau boleh jawab tadi?" :macam mana okay tak?".. masa tu rasa macam nak sembelih orang yang tanya tu pun ada.. bila semua orang jawab "okay, tadi aku rasa macam senang je soalan dia".. aku dalam hati just jawab "hahaha senang sangat wehhhh  aku rasa macam nak bunuh diri jawab paper tadi" tapiiiiiiii tu semua keluar dalam hati je! yang keluar daripada molot dekya, "macam okay je" "aah senang juga laa kira-kira tadi nasib baik"... hahahaha

then next paper is Office Administration 2 ... haaaaaa ni subject favoriteeeeeee sangat ! *tangan kat bahu mata juling*.. YaAllah subject ni subject membaca tahu takkkk . tak minat nya theoryyyyyy. but apa boleh buat kan .. nak taknak kena jawab juga kan .. kalau mengadu kat ajid, dia boleh cakap "padan muka siapa suruh ambil course tu" huh ! ciss tuan hamba! sebelum tu kitaorang dapat chapter spot.. yess pelajar sangat cintakan chapter spot.. so dekya sebagai salah seorang yang sangat mencintakan chapter-chapter spot tu pun ikut je laa sebiji-sebiji.. hahaha nampak takkkkk.. haaa bila dah sampai hari dia untuk jawab paper admin ni.. duduk buat muka cool dalam dewan .. dah dapat arahan untuk mula.. huihhh dengan bangganya buka section essay duluuuu . sekaliiiiiii......................... DUSH DUSH DUSH ! *sound effect tombok muka sendiri* .. semua yang target tu ada berapa je yang masuk .. tak banyak pun yang masukkkkkkkk . haaa masa tu terus tersenyum sendiri.. haaa bukan senyum happy but tersenyum nak cover.. nak nangissssssssssssssss. lagi sekali rasa menyesal tu bertandang .. suka betul si menyesal tu bertandang waktu-waktu macam tu.. that's why keluar je dewan admin tu tak caka pasal paper admin langsung.. fikir nak balikkkkkkk je .. last paper kan .. paper kita dua SAHAJA ! Harap maklum :b..

bila dapat tahu result keluar 21 November haritu .. dekya dapat dua feeling ! first feeling is Arghhhhhhh ! kenapa cepat sangat nak keluar.. 2nd is, That day was my anniversary with Ajid ngongek laaaaa spoil !! hmm macam biasa, daripada sem 1 kami takkan check result sendiri.. so dekya check dia punya.. dia check dekya punya .. hehe but malam tu dekya prank si ajid tu hahaa.. prank tetap prank okay..

dekya buka spmp poli dia ..

dekya: AJID!!!

Ajid: kenapa dah ada ke ?

dekya: Dah ! awak nak tahu harini ke esok ?

Ajid: kalau boleh harini laa..

dekya: cuba teka cepat.. *tahan gelak*

ajid: 3.4?

dekya: no! 3.5 ke atas..

ajid: 3.54, 3.56, 3.57?

dekya: takkkkkkk ! status masih ditutup! hahaha

ajid: cibai. aku ingat dah keluar.. ee perempuan ni main kasar .. hahah

hehehe padan muka kau jantannnnnnn.. hahaha :b but when the day has come .. pagi-pagi lagi dah dapat call daripada si ajid tu .. but dekya rasa bersalah sangat .. semalam main-main ngan dia .. but bila dekya check.. dia punya pointer lari daripada yang dia target.. bila dia bagitahu dekya punya 3.63 dengan nada yang happy.. dekya just boleh tersenyum macam tu je sebab nak bagitahu dia punya tu hmm rasa sangat bersalah .. but nasib baik dia okay :) .. its okay sayang , sem 5 cuba lagi okay ! dah 2 sem berturut-turut kan awak dah dekan :b ..  dekya pula. Masa sem 1 dekya dapat 3.69.. sem 2 pula dekya dapat 3.72...but sem 3 ni turun sikit .. dekya dapat 3.63 sahaja .. But Alhamdulillah syukur sebab dekya target rendah lagi daripada ni sebab dekya tak study langsung. Thank you Allah :) .. Thanks again .. publish !

Saturday 16 November 2013

panassss !

hehe hi Assalamualaikum semua :) .. okay nak share something yang sangat pendek je .. okay hati sedang menggelegak sekarang ni.. rasa macam nak tumbuk, nak backhand, nak sepak, nakk terajang seseorang je sekarang ..okay guys any volunteer . hmm Astaghfirullah ..... huh ! tadi kyra stalk satu blog ni. bila baca old entry dia fehhhhhhhh. hahhahaha "kenangan bersamamu kasihhhhh" *nyanyi* .. grr menyesal pun ada hahaha .. okay tidak mengapa tidak mengapa .. tu semua cerita lama .. kalau gua tahu yang lu masih ada simpan feeling lagi hahaha siap lu :b hahaha .. ni Amaran ni ! huh nasib kyra tak pandai nak marah-2. kalau takkkkkkkkkkkkkkk....habis muka dia jadi macam fiona kyra buat haha.. okay dah tu je nak merepek .. hahaha yaaaaa tahu .. buang masa korang je kan baca benda alah ni hahaha .. okay malu huh .. *seret muka kat jalan tar* maaf ! :) bye publish !