header

header

Saturday, 14 September 2013

K A W A N






hi Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! hmm bila sebut pasal kawan, macaam-macam kita dapat tafsirkan mengenai kawankan . ada yang mengatakan kawan tu sentiasa ada semasa susah dan senang .. ada juga yang berfikiran bahawa kawan tu hanya untuk menghiburkan hati dikala kita senang sahaja. ada juga kawan makan kawan . tapi bagi dekya, kawan perlulah berlaku jujur tak kira lah semasa kita senang atau susah . ketika kawan kita sedang susah, mungkin kita boleh bantu dia dengan cara menghapuskan kedukaan dia dengan gelak ketawa kita. hmm tapi apa yang berlaku sekarang ni teruk sangat . yup dengan jujurnya, dekya ada masalah yang sangat serious dengan KAWAN.

hmm dulu masa sem 1, masing-masing belum lagi menunjukkan belang masing-masing. semua okay, and dekya pun rasa senang sangat belajar dekat poli tu. but now, bila dah sem 3 ni masing-masing semua tunju belang. hmm dulu semua rapat je, tak ada pergaduhan yang berlaku. tak ada perselisihan faham antara kami semua . tapi sekarang TERUK !! *mengeluh* salah faham ni terjadi sebab benda yang bodoh je . benda yang remeh . ada sebab status bbm, ada juga sebab tweet dekat twitter.

twitter. seperti yang kita semua dah pun sedia maklum twitter tu adalah laman sosial umum. UMUM okay UMUM.. ada yang meluahkan perasaan cinta, marah, kesal apa semua kat twitter. ada juga yang bagi kata-kata nasihat secara UMUM. tu semua normal thing kan . heih tapi yang jadi tak normalnya bila apa yang kita tweet tu TAK ADA KENA MENGENA LANGSUNG dengan seseorang tu, then orang tu pula terasa lebih .. haa tu UN-NORMAL THING ! Hey dear, please laa . tweet tu umum . okay ulang suara UMUM *jerit kat telinga* hahaha.. so please lah baby, open your mind. think it twice ! eh tak kuasa laa Dekya nak tweet pasal kau je . buat lenguh jari je nak menekan button blackberry tu semata-mata untuk mengutuk dan memerli kau . tak weh tak. Dekya bukan jenis yang macam tu . tapi memang dekya perasan lah kan, bukan baru sekali ni je anasir-anasir ni terasa ngan tweet tweet dekya. banyak kali juga laa anasir-anasir ini terasa.

hmm okay first of all, dekya nak minta maaf sangat-sangat kalau dah buat korang semua ni terasa dengan tweet and bbm status dekya. Seriously, masa mula-mula semua salah faham ni berlaku. alaaa masa "selekeh" tu, Sumpah Demi Allah dekya tak tahu pun yang tu korang semua. Mungkin kalau mak ayah korang pun stay situ, then dorang dengar ada perempuan terjerit-jerit confirm mak ayah korang rasa macam tak selesa. mak ayah korang rasa macam tak senonoh kan perempuan duk jerit-jerit macam tu malam-malam. masa benda tu terjadikan, ada budak rumah dekya kat luar rumah tu. tapi dekya cakap ngan dorang. "kawan akak pun berkumpul juga malam ni tapi tak mungkin laa tu dorang." then bila korang dah duk letupkan mercun bagai apa semua depan rumah dekya. dekya rasa malu sangat dekat budak yang dekya cakap tadi. bukan main laa dekya defend korang, ruparupanya memang betul pun tu korang. hahaha mungkin korang tak rasa apa yang dekya rasa. apa yang korang tahu masa tu nak BASH BASH BASH DAN BASH. and one more thing, masa korang letupkan mercun tu, dekya tak rasa apa pun sebab dekya tak tahu apa-apa and dekya senyum je masa tu. lagi satu, thanks korang :) really appriciate it hehe .. hah ada lagi ni nak cerita. masa korang letupkan mercun tu, sikit lagi mercun tu nak meletup sebelah mata budak perempuan yang bawa motor lalu depan rumah dekya masa tu. kalau kena lah masa tu.

second, lain kali jangan bertindak sebelum fikir dengan matang. third, jangan asyik nak menuduh orang sesuka hati. fourth, lain kali kalau nak tegur bukan dengan cara memerli sebab seriously perli-perli tu semua buat dekya gelak je. macam kelakar pun ada . sebab macam budak-budak nak bergaduh benda yang remeh. so, kawan-kawan semua. buka minda anda. yup dekya tahu, dekya pun bukan laa MRS.PERFECT pun . dekya pun mungkin ada buat salah juga . so benda-benda ni semua bukan dekya karang untuk korang sahaja. benda ni semua untuk dekya juga. untuk dekya tahu mana salah dan silap dekya yang dekya nak baiki. sama-samalah kita buka minda ea.

fikir kedepan bukan fikir kebelakang ya kawan-kawan. jangan disebabkan benda yang bodoh, benda yang remeh ni kita bergaduh. dekya memang jenis malas nak bergaduh. hah ! jangan risau lepasni dekya mention nama orang yang dekya tujukan tweet tu ea kawan :). Buang semua rasa dengki, sakit hati . rasa dendam apa semua. cause it is time to leave those feelings behind. When finally let go of the past something better comes along . i can't help you fix yourself, but atleast i can say i tried. i'm sorry but i gotta move on with my own life. But remember baby, that you have to move on, somehow. just pick your head up and stare at something beautiful like sky, or the ocean and MOVE ON !stop being a backstabber okay baby :).





"i think it's very healthy to spend your time alone. you need to know how to be alone and not be defined by another person."

InsyaAllah ~ publish ! :)

Saturday, 25 May 2013

sad story ..

Assalamualaikum semua :) .. first of all kyra nak minta semua sedekah kan Al-Fatihah kepada arwah pakcik kyra yang baru je nak seminggu meninggal dunia .. Alhamdulillah dah dikebumikan dengan mudah :) .. tapi bukan tu yang kyra nak cerita .. kyra nak kongsi cerita pasal orang yang hmm acah-acah dah besar ..

perli orang sana , perli orang sini .. marahkan orang tak tentu pasal .. katanya hormat orang tua sedangkan dia tak menghormati orang tua pun . perli orang tua tanpa rasa bersalah .. padahal orang tu jaga dia masa kecil .. orang tu tolong dia masa dia susah dulu .. orang tu ada masa dia susah .. lebih-lebih lagi orang tu adalah kakak dia sendiri .. tergamak dia memburukkan kakak sendiri depan orang lain .. sedangkan dia sedikit pun tak tahu kisah sebenar di sebalik salah faham yang berlaku dalam keluarga tu .. dia hanya adik .. orang lain semua dah okay .. hanya dia je yang tak okay-okay lagi .. semua dah salimng memaafkan cuma tinggal adikdia yang urgh ! entah tak tahu nak cakap apa .. kyra nak menangis tengok kakak dia di perli .. di burukkan sebegitu rupa .. nasib baik masa tu kyra selsema . hee dapat laa juga cover tears kyra nii .. tapi tu laa .. kalau esok anak dia pun kurang ajar macam tu juga .. kyra akan cakap.. " kau yang ajar anak kau macam tu , kau kan role model yang terbaik buat anak kau .. kan kau yang selalu betul , orang lain salah . ehh mungkin anak kau kurang ajar pun benda yang betul juga" haa kyra sindir macam tu je nanti kalau masa tu dia susah .. tapi tu laa , tak elok kan buat orang macam tu ..

mama pun selalu pesan .. biar laa orang buat apa pun kat kita kyra .. kita kena sabar .. terima je tomahan orang tu dengan hati terbuka .. lama-lama penat laa orang tu .. hmm okay fine kyra diam .. lagi sekali dia buat macam tu kat kakak dia .. memang kyra bersuara , kyra takkan diam .. siapa boleh diam kan kalau macam tu .. sangat kurang ajar .. orang macamm nii pun kadang-kadang kena ajar juga .. biar dia sedar , langit tu tinggi ke rendah ..

kyra taknak mention siapa "dia" tu siapa "kakak" tu .. kyra cuma nak lepaskan geram kat sini .. hee Alhamdulillah dah lega :) . harap-harap Tuhan buka pintu hati dia untuk berubah .. Amin ~ semoga diab berubah dan takkan sakitkan lagi hati kakak dia .. semoga dia belajar apa itu erti memnghormati orang yang lebih tua .. sekian terima kasih hehe publish !

Friday, 3 May 2013

assalamualaikum

Hi assalamualaikum semua :) .. hmm agak lama juga tak berhujah dalam belog kyra nii ! Hmm tak ada apa pun nak cerita sangat .. Actually , kyra tengah cuba upfate belog nii guna fon .. Hee tadi tangan nii gatal2 cuba .. Tiba2 boeh pula .. Wow ! Teruja laa pula kann.. Nak buka lappy malas.. Nak tunghi dia loading bagai .. Urgh sangat malas .. Haha tu baru sebab pertama kyra buka belog nii .. Sebab kesua kyra nuka ialah ...... atas permintaan my girl kila shuhaimi tu ha.. Sibuk dia nak tengok video kitorang dulu .. Cari laa kat post2 sebelum nii .. Tapi tak ada .. Hee tak ada rezeki kau laa kilaaaaaaa.. Haha oh my God .. Really miss my girls :) ..

Hmm sekarang mesto ramai yang tengah cuti kann .. Kyra punnnnnnn .. But kyra bpsan gila . Rasa macam nak balik port dickson tu awal laa pula .. dudk rumah niI bukan buat apa pun .. Sangat bosan dusuk rumah nii . Tak dapat buat apa pun hmm .. ramai yang pelik ngam kyra semua sibuk nak balik rumah. Tapi ky ra sibuk nak duduk kat poli tu .. Ye laa dudul rah pun bukannya kyra boleh buat apa .. Ok laa byeee publish ... Merepek je aku nii :p

Sunday, 24 March 2013

ALLERGIC !


Hi , Assalamualaikum semua :) .. hmm sangat lama tak membebel dekat belog kesayangan nii .. hari nii tiba-2 rasa rindu nak tulis dekat belog kesayangan yang dah berhabuk nii..You guys tahu tak , kyra sakit mata !! :'( sangat sakit .. hari pertama kena , tak nampak pun lagi bengkak .. hanya sakit mata biasa je .. hari kedua bangun dari tidur , tengok cermin . susah sangat nak buka mata ni !! dia macam melekat tao tak .. hmm sangat pedih masa tu :( .. bila dah dapat buka mata nii , kyra tengok cermin .. AARRGGHH !! menjerit sorang-2 dalam bilik .. bengkak gila mata !!! da macam mata panda ! mula-2 taknak laa pergi klinik .. hee sebab kyra takut dengan doktor, but my dad paksa .. so nak buaut macam mana kan . kena laa juga pergi klinik tu .. ok dah start kereta pergi klinik apa semua .. ingatkan kyra seorang je yang sakit .. mama pung sama jugok . sampai kyra kena papah mama turun tangga .. kesian mama demam , teruk sangat .. ok pendekkan cerita ! sampai laa klinik tu , doktor tu cakap kyra kena ALLERGIC ngan JANGKITAN KUMAN .. hmm keluar laa dari klinik tu dengan muka yang hmm sukar untuk ditafsirkan .. tak risau sangat pasal mata , tapi risau kena makan ubat .. yerkk ! KYRA TAKNAK MAKAN UBAT !! *menari-nari macam gambar kat atas* kyra dapat dua ubat telan dengan satu ubat titik  .. hmm ok , wish me luck untuk makan ubat-ubat tersebut .. and doakan kyra cepat sembuh ea .. taknak laa pergi poli dengan mata macam nii , mahu Lecturer pun takut dengan kyra nii .. byee PUBLISH !!

Thursday, 27 December 2012

suka dan duka

hye Assalamualaikum semuaaaaaaa :) .. setiap manusia pernah ada suka dan duka atau pun kenangan manis dan kenangan pahit sepanjang hidup di dunia yang dipinjamkan kepada kita nii ... sekarang ada yang sedang suka , dan ada juga yang sedang menderita .. same goes too me , baru sahaja kyra dengan keluarga nak bergembira datang lagi duka dalam keluarga kyra .. haritu kyra dengan family pergi ke karnival 1001 rasa .. alaa kat kajang , karnival sate tu .. kami sekeluarga happy masa tu , da lama tak keluar macamtu .. lama sangat tak luangkan masa dengan family kyra macamtu .. dulu ayah dengan mama selalu bawa kyra dengan adik-2 berjalan .. but now da tak ada da ... i am so happy on that day walaupun tak macam dulu sangat .. kyra tetap happy dapat luangkan masa bersama ..


ni laa kyra , ni masa pagi yang kitaorang keluar tu .. haha nampak tak muka bahagia tu walaupun masa tu tengah rumit dengan tambi kyra .. hee maaf ea ajid masa tu .. emosi terlebih :) .. kyra keluar dengan ayah and adik-2 pergi cari baju sekolah adik-2 pe semua .. sampai ke kajang tao cari baju hehe .. 


tapi tu semua da tak ada maknanya lagi untuk kyra .. sebab dalam kyra dan adik-2 bergembira , mama dengan ayah pula berduka hmm .. semalam baru kyra tao yang ayah sebenarnya ada masalah sikit .. emm masalah apa ? err malu nak bagitahu , biarlaa kyra je yang tahu .. tak ada seorang pun yang boleh tolong even kakak mama kyra pun sama hmm ... apa masalahnya kalau membantu , adik beradik :'( .. keluarga suami dia boleh pula dia tolong , keluarga sendiri , darah daging sendiri pun hmm .. ok laa taknak cakap banyak .. mama cakap kita pindah pun ada sebab .. kalau ikut mama , mama pun taknak pindah rumah .. kita kena tolong ayah .. hmm ok mama , kyra tak kesah pun pasal pindah rumah nii .. i am ok with it .. InsyaAllah , kyra akan cuba tolong mama dengan ayah one day .. 

p/s : untuk kawan-2 kyra yang membaca ni , please elajar ea daripada kesilapan .. jangan diulang lagi kesilapan yang sama .. kalau da tahu apa akibatnya , fikir dulu ea sebelum bertindak .. sayang awak semua :) bye salam ~


Sunday, 16 December 2012

everything's new

hye readers ........ apa khabar korang semua :).. semoga sihalalu ! hee kyra pun Alhamdulillah sihat sentiasa .. korang da makan ? haha mesti laa da kan. da pukul berapa pula sekarang ni.. ok guess what .. kyra sekarang dekat rumah sewa kat PD ni .. hum. tonight's my first night here .. huh tak tahu laa malam ni senang tidur ke tak. nasib kau laa kyra .. hey did i tell you all about my result for first sem ? haha sangat happy dengan result tu .. Alhamdulillah 3.67 .. Akhirnya dapat juga buat mama dengan ayah tersenyum banggadengan anak dia walaupun tak berapa nak BOMM ! result tu . once again , Alhamdulillah thank you Allah .. Haha and now i am no longer sem 1 student . suda sem duaaaaaaa!! haha .. everything's new . rumah baru , housemate baru , tilam baru , almari baru .. pokoknya ... semua baru deh .. esok start kelas pukul 10.15 , tapi kena pergi awal sebab ada perjumpaan PA pukul 9... ok laa nak tidur da.. nyte2 wishme luck for these new sem ;) .. publish !

Sunday, 9 December 2012

pindah :'/

Assalamualaikum semua :) .. hye ! as you know from the title haha , kyra da nak pindah rumah ... Hmm memang da lama da mama dengan ayah bagitahu pasal ni .. tapi pada mulanya , kyra hanya anggap benda tu antara jadi atau tak .. err i mean , hanya perancangan sahaja .. Rupa-2 nya seriously pindah .. Macam-2 masalah yang datang dekat keluarga kyra .. Banyak dugaan yang Tuhan beri kepada kyra and family kyra .. Baaaaaaaaaanyak sangat .. Tapi ayah kyra sikit pun tak pernah nak bagitahu segala masalah yang mereka sedang hadapi .. Dia hadapi semua dengan senyuman je , dia sentiasa senyum untuk tutup segala masalah yang dia hadapi .. Mama pula kadang-2 ada juga mengadu dekat kyra pasal masalah yang ayah sedang pikul .. Hmm sebagai insan yang sangat lemah seperti kyra , yup rasa nak nangis bila dengar mama cerita semua from A to Z .. Tapi kyra tahan je masa mama cerita semuanya dekat kyra .. Dalam hati kyra berkata , Ya Allah besarnya dugaan yang kau beri kepada keluargaku :'/ .. Sedih menyelubungi kyra , tak sangka selama ni ada sesuatu yang besar sangat disebalik senyuman ayah .. Memang dulu kyra ada terdengar mama dengan ayah berbincang sesuatu , tapi tu semua da lama .. Kyra ingatkan semuanya da selesai , rupanya belum lagi .. Setiap malam kyra menangis terfikirkan benda ni .. Mungkin mama nampak kyra macam tak ambil kesah pun pasal semua ni .. Kyra bukan tak ambil kesah mama , tapi kyra cuba berlagak kuat depan mama .. Kyra taknak mama yang dah pun sedih akan bertambah sedih bila tengok anak dia tak bersemangat .. Taknak mama , kyra taknak .. Kyra sayang mama dengan ayah , sayang sangat .. Mula-2 kyra pun agak memberontak bila dengar berita yang kyra keluarga kyra nak pindah rumah .. Agak tidak setuju dengan keputusan mama dengan ayah .. Bila kyra fikir balik , muhasabah diri ni balik .. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku .. Ayah dengan mama pun sebenarnya taknak pindahkan kalau tidak kerana terpaksa .. Hmm keluarga kyra yang dulu agak senang , tapi tidak lagi untuk sekarang .. Sumpah Demi Allah , kyra kagum sangat dengan ayah dan mama .. kalau kyra kat tempat ayah dengan mama, entah apa laa jadi dekat kyra .. Ayah , mama ... InsyaAllah , Kyra akan jadi anak yang baik untuk mama and ayah .. InsyaAllah satu hari nanti kyra akan tolong mama ngan ayah .. InsyaAllah , kyra akan balas balik segala jasa baik mama ngan ayah :') ... Terima kasih untuk segala-2 nya mama .. Nanti bila anak mama ngan ayah ni da besar , anak mama ngan ayah ni akan buat hidup mama ngan ayah happy je :) .. hee i mean , da kerja bukan da besar .. hee sekarang pun da 18 tahun .. Perangai je macam budak-2 .. love both of you :) till Jannah


nii laaa senyuman yang selalu mama and ayah sedekahkan kepada kami anak-2 .. hee maaf pak Jusohnya enggak senyum dengan betul ya .. bye .. doakan kami sekeluarga ea .. Ya Allah , permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah ..